Portal EIS MDHS merupakan satu aplikasi Portal Maklumat Eksekutif Majlis Daerah Hulu Selangor yang dibangunkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor. Aplikasi ini mengandungi Pangkalan Data Spatial berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GIS ) dan dokumen rujukan yang menghimpunkan sumber data dari pelbagai jabatan/agensi.
Aplikasi ini merupakan pusat sehenti (One Stop Center) - Pangkalan Data Spatial dan Bukan Spatial untuk rujukan pelbagai pihak sama ada disektor awam, swasta dan akademik. Ia juga dibangunkan selaras dengan Pelan Strategik MDHS bagi meningkatkan sistem capaian maklumat kepada orang awam khususnya berkaitan perancangan guna tanah dan sekaligus dapat membudayakan ICT dalam urusan pentadbiran kerajaan.